Penyanyi terkenal, Jisoo Blackpink dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, aktor Ahn Bo-hyun selepas dua bulan mengumumkan percintaan mereka.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang pegawai hiburan hari ini dimana hubungan tersebut berakhir disebabkan jadual kerja terlalu padat.
Jisoo Blackpink berpisah dengan kekasih
Artikel lain: Jisoo BLACKPINK & Ahn Bo-Hyun Sah Bercinta, Kerap ‘Dating’ Di Rumah
“Jisoo dan Ahn Bo-hyun sudah memutuskan hubungan memandnagkan jadual mereka padat dan memilih jalan sebagai rakan sekerja sahaja,” ujar pegawai hiburan tersebut kepada JTBC Entertainment News.
Terdahulu, agensi Jisoo, YG Entertainment mendedahkan kedua-dua selebriti tersebut sedang mengenali antara satu sama lain dan sering meluangkan masa di rumah Jisoo.
“Mereka sedang mula mengenali satu sama lain sedikit demi sedikit dengan perasaan yang baik. Kami akan menghargai jika anda dapat melihat mereka berdua dengan perasaan yang hangat,” katanya.
Sumber: JTBC News