Seorang lelaki dipercayai intai wanita dicekup polis dalam kejadian di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang kira-kira 11 pagi semalam.
Lelaki intai wanita dicekup
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.
Mohd Sohaimi berkata, permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.
Seorang lelaki dicekup orang ramai di Kip Mart pada Ahad kerana didakwa mengintai wanita yang berada di dalam tandas dalam kejadian dipercayai berlaku di Pasir Gudang, Johor.
Pada masa kejadian, individu terbabit dikatakan menyamar sebagai wanita dengan mengenakan inai di kaki… pic.twitter.com/pLOqNWjpw1
— Yon (@Amrlamnnn) October 22, 2023
Artikel berkaitan: Lelaki Menyamar Jadi Patung Sebelum Rompak Barang Kemas
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan seorang lelaki ‘bertudung’ didakwa menyamar sebagai perempuan bagi memasuki tandas wanita sebelum dicekup oleh orang awam.
Malah, kedengaran suara beberapa wanita dipercayai mangsa rakaman lelaki tersebut yang menyoal siasat supaya suspek memberi kata laluan telefon bimbitnya.
Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit mengakui dia sudah mempunyai isteri selain bingung mengapa dirinya bertindak demikian.