Selebriti antarabangsa, Kim Kardashian menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video bersama anak perempuannya, North West, baru-baru ini.
Menerusi video tular, Kim atau nama sebenanya Kimberly Noel Kardashian West memberitahu anaknya bahawa bendera Palestin adalah Brazil.
Semuanya bermula selepas warganet memberikan sticker bendera Palestin secara pukal sebagai tanda sokongan dalam sesi siaran langsung Kim Kardashian.
Melihat kepada sticker bendera yang ditinggalkan, North West bertanya kepada ibunya. Dengan penuh yakin, aktres berusia 43 tahun itu menjawab ia adalah bendera Brazil.
Tidak lama selepas itu, Kim meminta North untuk log keluar aplikasi TikTok dan hanya lakukan sesi Q&A di Twitter utnuk berinterasi dengan netizen.
Jawapan yang diberikan oleh selebriti tersebut menarik perhatian ramai dengan mempersoalkan kebijaksanaan yang dimiliki oleh graduan undang-undang ini.
Sumber: dailymail