Anak sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jnr meminta bapanya menangguhkan hasrat untuk bersara dalam arena bola sepak, lapor talksport.
Permintaan itu dibuat Cristiano Jnr. selepas melengkapkan perpindahan dengan menyertai bapanya di Al-Nassr.
Malah, remaja berusia 13 tahun itu juga telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr.
Satu perjanjian telah dicapai oleh semua pihak yang terlibat dan Cristiano Jnr. dijangka memulakan latihan dalam beberapa hari akan datang.
Ronaldo juga mendedahkan anaknya meminta dia untuk terus bermain dan tangguh bersara supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
Ini jelas menunjukkan Cristiano Jnr. berharap dapat menyamai pencapaian kejayaan ikonik bapanya.
Remaja itu kini sedang berusaha untuk memajukan dirinya di Arab Saudi dan telah pun membuat debut yang mengagumkan dalam kariernya apabila berjaya menjaringkan 25 gol dalam lapan perlawanan semasa berada di Juventus dan mahukan jersi No. 7 ikonik bapanya di kelab baharu itu.
Sebelum ini, media melaporkan pemenang Ballon d’ Or sebanyak lima kali itu berhijrah bersama keluarganya ke negara Asia Barat pada Januari selepas tamat kontrak bersama Manchester United.
Artikel lain: Terima RM922 Juta Setahun, Cristiano Ronaldo Sedia Beraksi Di Kelab Arab Saudi
Cristiano Ronaldo pertama kali bergelar bapa pada usia 25 tahun, namun identiti ibu kepada anak sulungnya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Sumber: talksport