Jenama peralatan rumah global LG Electronics Malaysia (LG) perkenal vakum tanpa wayar, LG CordZero™ All-in-One Tower™ yang menjamin tahap pembersihan hebat kepada isi rumah.
LG Malaysia perkenal vakum tanpa wayar
Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, vakum yang menawarkan penyelesaian penjagaan rumah komprehensif itu membuktikan komitmen LG terhadap inovasi dan kemudahan.
“All-in-One Tower™ memberikan pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan.
“Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.
Justin berkata demikian dalam satu kenyataan selepas majlis pelancaran LG CordZero™ All-in-One Tower™ di ibu negara, semalam.
Justin ketika berucap pada majlis pelancaran LG CordZero™ All-in-One Tower™
All-in-One Tower™ menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.
Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga dua jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok bagi menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk.
Ia juga merangkumi Sistem Penapisan Tiga Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara lebih bersih di dalam rumah.
Justin (empat dari kiri) bersama Pengarah Produk Peralatan Rumah LG, Jihye Kim (tiga dari kanan)
Tambah Justin, pihaknya berdedikasi dalam memastikan pelanggan dapat menikmati kemudahan harian bukan sahaja melalui perkakas rumah tetapi juga dengan aplikasi ThinQ™ LG.
“Vakum ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ™ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar,” ujarnya.
LG CordZero™ kini tersedia di semua pengedar sah LG dengan harga bermula RM2,299 sehingga RM4,999.