Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Eksport Negara Cecah RM1.06 Trilion Dalam Tempoh Sembilan Bulan 2023 – MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menyatakan eksport Malaysia telah melepasi aras RM1 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023.

Menurut kenyataan, eksport negara telah mencecah RM1.06 trilion dalam tempoh tersebut, namun 8.4 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.

Difahamkan, bagi tempih Januari hingga September 2023, import berkurangan sebanyak 8.9 peratus kepada RM882.24 bilion. Manakala lebihan dagangan menyusut 5.7 peratus kepada RM177.32 bilion.

“Perdagangan menyusut 8.6 peratus kepada RM1.942 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu,”lapor kenyataan perangkaan perdagangan luar Malaysia.

eksport negara

Artikel lain: MITI Optimistik, Komited Percepatkan Pelaksanaan Pelaburan Dan Perdagangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

MITI berkata, eksport Malaysia pada September 2023 meningkat 8.2 peratus kepada RM124.47 bilion, berbanding Ogos 2023.

Tambahnya, import mengembang 2.1 peratus kepada RM99.95 bilion, menghasilkan jumlah perdagangan yang bernilai RM224.43 bilion. Ini secara tidak langsung jelas memaparkan kenaikan sebanyak 5.4 peratus berbanding bulan sebelum ini.

“Lebihan dagangan mencatatkan peningkatan dua angka sebanyak 42.7 peratus kepada RM24.52 bilion, menjadi lebihan dagangan yang ke-41 bulan berturut-turut direkodkan sejak Mei 2020,” katanya.

Berbanding tahun lalu, MITI berkata, eksport September 2023 telah menyusut sebanyak 13.7 peratus dan import berkurangan 11.1 peratus.

Ia berikutan permintaan global yang perlahan, ketidaktentuan harga komoditi dan kesan asas yang tinggi direkodkan tahun lalu.

eksport negara

Berikutan itu, jumlah perdagangan telah menyusut sebanyak 12.6 peratus, seiring dengan rakan dagang utama Malaysia yang lain seperti Korea Selatan, China, Taiwan dan Indonesia yang masing-masing merekodkan pertumbuhan perdagangan negatif pada bulan lalu serta penyusutan dalam import global.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebihan dagangan pada September 2023 menyusut 23 peratus, tahun ke tahun,” katanya.

Sementara itu, perdagangan bagi suku ketiga 2023 meningkat 1.6 peratus kepada RM653.57 bilion berbanding suku kedua 2023.

Eksport mengembang 2.2 peratus kepada RM356.31 bilion, import menokok 0.8 peratus kepada RM297.26 bilion dan lebihan dagangan naik 9.6 peratus kepada RM59.06 bilion.

Walau bagaimanapun, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan pada suku ketiga 2023 masing-masing susut sebanyak 15.7 peratus, 15.2 peratus, 16.3 peratus dan 9.1 peratus, berbanding suku sama tahun lalu.

eksport negara

Pada September 2023, MITI mengatakan eksport barangan perkilangan yang mewakili 86.5 peratus atau RM107.7 bilion daripada jumlah eksport menurun 11.8 peratus tahun ke tahun berikutan penyusutan permintaan bagi keluaran petroleum, barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan bahan kimia.

Akan tetapi, eksport barangan makanan diproses serta barangan kertas dan palpa mencatatkan pertumbuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MITI berkata, eksport keluaran pertanian susut 23.1 peratus kepada RM8.04 bilion berbanding September 2022 disebabkan oleh penyusutan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit kesan daripada penurunan ketara harga eksport minyak sawit.

Eksport hasil galian mengurang 28 peratus tahun ke tahun kepada RM7.98 bilion kesan penurunan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.

Sumber: BH Online (Alzahrin Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd