Negara Turkiye berkabung 3 hari sebagai satu bentuk penghormatan ke atas rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan dari pihak Israel.
Sebagai penghormatan kepada yang terkorban
Memetik laporan dari Reuters, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang megisytiharkan berkabung peringkat nasional itu memaklumkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk penghormatan di atas ribuan syuhada yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta orang awam.
“Di Turkiye, kami merasakan penderitaan hebat saudara dan saudari Palestin di dalam hati kami,” katanya.
Mesir juga isytihar berkabung
Terdahulu, Mesir juga melakukan tindakan sama dengan berkabung selama tiga hari susulan serangan yang dilakukan pihak Israel terhadap Hospital l Al-Ahli al-Arabi di Gaza.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 500 nyawa terkorban dalam serangan tersebut dan 342 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Artikel lain: Insiden Hospital Diletupkan: Russia & UAE Gesa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB
Walau bagaimanapun, Israel menafikan dakwaan bertanggungjawab melancarkan serangan udara itu dan menuduh roket berkenaan adalah dari pihak Hamas.
Serangan terbabit merupakan insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat susulan tindak balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.
Sumber: Reutes