Pemain bola sepak terkenal, Mohamed Salah hulur bantuan Palestin namun, jumlah sebenar sumbangan tersebut dirahsiakan kepada umum.
Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Eksekutif Rami al-Nazer mendedahkan bantuan tersebut akan segera diberikan kepada rakyat Gaza yang teruk terjejas akibat serangan Israel.
Salah hulur bantuan Palestin
Artikel lain: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Ke Dana Kemanusiaan Palestin
Difahamkan, penyerang Liverpool meminta agar jumlah sumbangan tidak didedahkan kepada umum atas alasan tertentu.
Sebelum ini, Salah dikritik netizen memandangkan dia terus berdiam diri mengenai sokongannya terhadap isu Gaza, tidak seperti beberapa pemain ternama lain termasuk pemain Perancis Karim Benzema dan pemain Algeria Riyad Mahrez.
Sehingga kini, media melaporkan jumlah kematian penduduk Palestin terus meningkat kepada 2750 orang termasuk 750 kanak-kanak manakala kematian di pihak Israel berjumlah 1,300 orang sejak 7 Oktober lalu.
Sumber: Harian Metro