Kementerian Luar Colombia halau duta Israel serta menuntut maaf selepas tindakannya mengkritik Presiden Gustavo Petro mengenai konflik Israel-Palestin.
Menurut laporan Al-Hijrah Online, Petro difahamkan mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik antara dua negara tersebut sejak 7 Oktober lalu.
Colombia halau duta Israel
Artikel lain: Mesut Ozil Minta Israel-Palestin Hentikan Peperangan
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Presiden Colombia di laman X (dulu Twitter), Petro mendakwa Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi.
Tidak puas hati dengan kenyataan Petro yang didakwa tuduh melulu tanpa usul periksa, Israel telah mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.
Bukan itu sahaja, Presiden Colombia memberi ancaman untuk memutuskan hubungan Israel malah, tidak menyokong sama sekali penindasan terhadap rakyat Palestin.
“Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid (pembunuhan secara sengaja),” Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata pada Isnin.
Bahkan, Petro menyeru kepada kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu tersebut.
Sumber: Al-Hijrah Online