Kilang mancis terakhir yang terletak di Kota Bharu, Kelantan mungkin gulung tikar selepas lebih 87 tahun beroperasi.
Pada ketika dahulu, mancis sering menjadi teman buat masyarakat untuk menjalankan aktiviti seharian namun, peredaran zaman yang semakin moden membuatkan produk tersebut kian dilupakan ekoran wujudnya pemetik api.
Kilang mancis
Artikel lain: Akmal Salleh Terjah Kilang Beras, Tarik Balik Lesen Jika Enggan Patuh Arahan
Menerusi laporan Malaysiakini, salah seorang pengurus Kelantan Match Factory yang ingin dikenali sebagai Wee memaklumkan masalah ekonomi menjadi faktor buat mereka untuk terus bertahan dalam perniagaan.
Bukan itu sahaja, penurunan permintaan mancis dan peningkatan harga kayu import yang digunakan turut menjadi asbab perniagaan tersebut semakin goyah.
Apa yang lebih menyedihkan, kilang tersebut pernah mempunyai lebih 1,000 pekerja pada zaman kegemilangannya namun kini hanya tinggal 25 kakitangan untuk menjalankan operasi.
Sumber: Malaysiakini (Azneal Ishak)