Indonesia dan Australia sedang berunding tentang kemungkinan membida hak tuan rumah bersama Piala Dunia edisi 2034 bersama Malaysia dan Singapura.
Ajak anjur Piala Dunia Edisi 2034
Memetik laporan dari Sydney Morning Herald, badan induk bola sepak dunia, FIFA minggu lalu telah menjemput semua ahli gabungan dari Asia dan Oceania untuk membida edisi 2034 kejohanan.
“Kami sedang berbincang dengan Australia. Ketika melawat Malaysia dan Singapura, kedua-dua negara berminat menyertai Indonesia dan Australia.
“Apabila saya melawat Malaysia dan Singapura kedua-dua negara menyatakan minat untuk menyertai Indonesia dan Australia,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohi.
Badan induk bola sepak Australia juga sedang mengkaji kemungkinan membida Piala Dunia Kelab 2029 atau Piala Dunia FIFA 2034.
Piala Dunia edisi 2034 selepas di Uruguay, Paraguay & Argentina
Selepas mengumumkan Sepanyol, Maghribi dan Portugal sebagai tuan rumah bersama Piala Dunia 2030, dengan Uruguay, Paraguay dan Argentina menganjurkan perlawanan-perlawanan pembukaan, pihak FIFA menjemput Asia dan Oceania untuk membida edisi 2034.
Arab Saudi menyatakan hasrat mereka untuk menjadi tuan rumah edisi berkenaan dan sudah menghantar surat kepada FIFA sebelum tarikh tutup 31 Oktober ini.
FAM sokong Piala Dunia edisi 2034 di anjurkan di Arab Saudi
Jumaat lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyatakan sokongan terhadap Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
Apabila diminta mengulas mengenai kemungkinan bidaan bersama, Football Australia merujuk Reuters kepada satu kenyataan minggu lalu yang mengatakan mereka ‘meneroka kemungkinan membida Piala Dunia Kelab FIFA 2029 dan/atau Piala Dunia FIFA 2034’.
Dengan Qatar telah menjadi tuan rumah edisi 2022, Thohir berkata mungkin terlalu awal untuk Piala Dunia kembali ke Asia Barat.
“Kami agak kuat.
“Saya fikir FIFA akan melihat bahawa kawasan Asia Barat telah menjadi tuan rumah dengan Qatar tahun lalu. Jepun dan Korea juga menjadi tuan rumah. Saya pasti FIFA akan mencuba negara lain.
“Potensi untuk menang jika kami menyertai Australia, Malaysia dan Singapura juga lebih besar,” katanya.
Piala Dunia 2026, yang akan menampilkan 48 pasukan, bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Sumber: Sydney Morning Herald