Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Berita Palsu, KKM Nafi Jururawat Akan Disuntik Vaksin Virus X

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan jururawat di negara ini akan menerima suntikan vaksin penyakit yang digelarkan sebagai Virus X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM menerusi sebuah kenyataan di akaun Facebook rasmi memaklumkan bahawa berita tular tersebut adalah tidak benar dan dibuat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Merujuk kepada satu kandungan berita tidak benar yang telah tular di aplikasi TikTok berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia kana disuntik dengan vaksin ‘Virus X’.
“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sebaran maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid03829UmzmmhWMvnYuEZn6SRrurq2UjRoJsjWoA6R3bafABbRyS5yUits7AeXwfJvY9l

KKM berkata, berita palsu itu akan menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan petugas kesihatan khusunya jururawat yang telah menyumbang bakti kepada negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu tersebut kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.
“Orang ramai boleh melayari sebenarnya.my sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya,” ujar kenyataan tersebut lagi.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi lima minit dan 16 saat tular di aplikasi TikTok berhubung dakwaan tersebut sehingga mengundang keresahan kepada orang ramai.

Foto hiasan

Sekadar info, kumpulan pakar kesihatan global menyuarakan kebimbangan berkenaan penularan wabak Virus X yang dipercayai berpotensi meragut sehingga 50 juta nyawa.

Oleh itu, KKM sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya wabak terbabit dikesan dalam negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Iffa Sabrina
Written By Iffa Sabrina

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd