Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lovelly Anne Hadiahkan Perak, Tamatkan Penantian 13 Tahun Kem Karate Untuk Raih Pingat

Selepas dua minggu berlangsung Sukan Asia 2022 di Hangzhou, Malaysia akhirnya berjaya mencapai sasaran 27 pingat menerusi sukan karate kategori individu wanita, semalam.

Remaja berasal dari Penampang, Sabah, Lovelly Anne Robberth mencipta kejutan dengan memperoleh pingat perak pada aksi penentuan pingat emas di Gimnasium Pusat Sukan Linping di Hangzhou, lapor BERNAMA.

Walaupun ini merupakan penampilan sulung atlet berusia 19 tahun itu, dia berjaya memberikan sumbangan pingat sekali gus memenuhi sasaran Malaysia dalam Sukan Asia.

Lovelly Anne berkata, dia terpaksa berpuas hati selepas hanya berjaya mendapatkan pingat perak dengan jumlah mata 39.80 dan melepaskan pingat emas kepada wakil atlet karat Jepun, Kiyou Shimizu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kiyou Shimizu memenangi sukan karate kategori individu wanita semalam dengan catatan mata 42.60 sekaligus menyaksikan kemenangan atlet berusia 29 tahun itu buat kali ketiga berturut-turut sejak Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik bersama dua orang atlet, Sakura Alforte dari Filipina dan Grace Lau dari Hong Kong.

Menerusi pencapaian ini, Lovelly Anne telah menyamai pencapaian perak yang dimenangi Lim Lee Lee pada Sukan Asia edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Kilauan pingat perak yang disumbangkan oleh Anne juga menamatkan penantian 13 tahun kem karate negara untuk menaiki podium dalam acara itu sejak kali terakhir yang dilakukan Lee Lee yang merangkul gangsa pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd