Atlet heptatlon wanita India berang dan telah menafikan dakwaan sebagai transgender selepas menerima tuduhan daripada atlet saingan yang juga rakan senegara.
Rakan atlet heptatlon wanita India senegara tuduh sebagai lelaki
Memetik laporan dari Daily Mail, Nandini Agasara dari India yang telah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia tahun berjaya memperoleh 5,712 mata dalam sukan yang melelahkan tersebut.
Atlet heptatlon wanita India padam ciapan
Walau bagaimanapun, kemenangan Agasara telah diburukkan oleh, Swapna Barman, 26 tahun yang turut bersaing untuk India, namun hampir terlepas kedudukan podium selepas memperoleh 5708 mata.
Dia telah memuat naik ciapan di aplikasi X seolah-olah menuduh Agasara sebagai seorang transgender sebelum memadam kenyataan tersebut.
“Saya telah kehilangan pingat gangsa Sukan Asia kepada wanita transgender pada Sukan Asia ke-19 yang berlangsung di Hangzhou, China,”
“Saya mahu pingat saya kembali kerana ia bertentangan dengan peraturan olahraga kita. Tolong bantu saya dan sokong saya. #protesforfairplay,” tulisnya.
Tegaskan dirinya wanita
Walaupun tidak menyatakan secara terus bahawa individu berkenaan adalah Asagara, namun pemenang pingat gangsa berkenaan sangat berang dan menegaskan bahawa dia merupakan wanita tulen dalam temubual bersama India Today.
Ujarnya, dia akan membawa perkara tersebut kepada pihak Persekutuan Olahraga India (AFI).
“Saya tahu siapa diri saya. Minta dia tunjukkan bukti. Saya sudah menunjukkan yang saya memenangi pingat untuk India. Saya hanya mahu buat yang terbaik buat negara
“Sekarang kami telah menangi. Orang ramai mulai bercakap mengenainya. Saya akan menangani isu ini kepada pihak AFI.
“Saya juga mahu menikmati detik bahagia memenangi pingat tetapi perlu kembali ke India kerana ibu saya tidak sihat,” ujarnya.
Untuk rekod, acara heptatlon wanita telah didominasi oleh atlet China apabila memenangi emas serta perak dan diikuti Agasara untuk gangsa.
Sumber: Mail Online