Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Beri Gardenia 6 Hari Perjelas Kenaikan Harga 30 Produk

Gara-gara pendedahan mengenai kenaikan harga untuk 30 produk, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) diberi tempoh enam hari hingga 2 Oktober ini untuk menjelaskan tindakan tersebut.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat kepada pengeluar roti tersebut, kelmarin.

“Kita hantar notis 27 Sept, kita minta Gardenia jelaskan kepada KPDN (mengapa) berlaku kenaikan harga pada 30 item yang disenaraikan, yang naik antara 10 sen hingga 40 sen.
“Jadi kita mohon penjelasan daripada Gardenia, dan beri masa enam hari untuk menjelaskan mengapa ada berlaku kenaikan harga.
“Dalam itu (surat) dia boleh ‘justify’, mungkin barang mentah mahal, mungkin kos pengeluaran yang mahal, mungkin kos pengangkutan yang mahal, jadi di setiap peringkat itu dia perlu jelaskan kenapa berlaku kenaikan harga itu,” katanya.

Antara produk yang mengalami peningkatan antara 10 sen hingga 40 sen ialah Twiggies, Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yellow Noodle, dan Numee Keluarga.

Ujarnya, Gardenia perlu memberi penjelasan yang kukuh asbab kenaikan 30 produk tersebut bagi menggelakkan tidak berlakunya keuntungan yang sewenang-wenangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pihak KPDN mahu memastikan Gardenia tidak melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, di mana jika didapati bersalah denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama, dan kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM1 juta.

“Kita nak pastikan tiada pencatutan berlaku, maksudnya tidak dinaikkan sewenang-wenangnya untuk keuntungan berlebihan. Jadi kalau boleh ‘justify’. Kita nak tunggu jawapan dia,” ujarnya lagi.

Sumber: Free Malaysia Today (Nora Mahpar)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd