Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Bukit Bendera disenaraikan dalam 100 ‘perangkap pelancong’ terbesar di seluruh dunia seperti mana yang diterbitkan oleh laman web USA Today.
Dalam artikel itu juga, portal tersebut turut menyenaraikan 100 tarikan pelancong yang dinilai tinggi pada hari ini di seluruh dunia dan 100 tarikan pelancongan termahal Amerika Syarikat hari ini di seluruh dunia berdasarkan analisis mereka terhadap 23.2 juta ulasan Google.
100 perangkap pelancong terburuk hari ini di seluruh dunia
100 tarikan pelancong yang dinilai tinggi pada hari ini di seluruh dunia
100 tarikan pelancongan termahal Amerika Syarikat hari ini di seluruh dunia
Analisis tersebut telah mengundang tanda tanya ramai bagaimana USA Today melabelkan Bukit Bendera di Pulau Pinang sebagai tempat ke-9 perangkap pelancong terburuk di seluruh dunia.
Persoalan tersebut terjawab apabila analisis itu telah dikeluarkan berdasarkan 23.2 juta ulasan Google tentang 500 tarikan pelancong yang popular di dunia, merangkumi 65 negara di 6 benua pada Julai 2023.
Pun begitu, Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan artikel yang diterbitkan oleh portal tersebut dimana ulasan terburuk itu hanya diambil secara rawak.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai memaklumkan analisis tersebut adalah tidak benar sama sekali memandangkan pengumpulan data pula hanya diambil daripada ulasan menggunakan satu bahasa sahaja.
“Artikel itu tidak mengambil dari ulasan yang dibuat dalam bahasa lain antaranya bahasa Melayu, Tamil, Mandarin, Arab dan sebagainya serta tinjauan dibuat sangat terhad.
“Rumusan dibuat hanya berdasarkan 24 komen buruk mengenai Bukit Bendera sedangkan jumlah ulasan baik lebih banyak daripada ulasan berkenaan (buruk),” katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa membuat penambahbaikan bagi menarik lebih banyak pelancong termasuklah Projek Kereta Kabel Bukit Bendera bernilai RM245 juta yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Sumber: World Of Buzz, Astro Awani