Tidak dapat dinafikan, isu antara ibu mentua dan menantu perempuan kerap terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Meskipun menantu sudah mencuba jadi yang terbaik, namun ada sahaja silapnya di mata ibu mentua tambahan lagi apabila tinggal di bawah bumbung yang sama.
Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita, baru-baru ini dia berkongsi kisah kehidupannya dimana ibu mentuanya memaksa untuk buat kerja rumah walaupun dirinya sedang menjaga anak yang sedang sakit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menemani bayinya yang dikatakan sedang demam.
@maknyeviral aku sabar je selama ni ni dah melampau sangat kan ha baru tau #makmertuatakguna#makmertua#flksyaguys🥰biarrame🥰#fy#ditaj#fyppppppppppppppppppppppppp
Dari luar bilik tersebut, kedengaran ibu mentua sedang menjerit-jerit memanggil menantunya untuk keluar bilik bagi membantunya buat kerja rumah namun, wanita tersebut dengan beraninya menolak suruhan tersebut atas sebab mahu menjaga anaknya.
“Aku sabar je selama ni, dah melampau sangat kan ha baru tahu,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut menepis dakwaan individu yang mengatakan kejadian tersebut hanyalah ‘content’ semata-mata untuk meraih perhatian ramai di media sosial.
@maknyeviral Membalas kepada @🧚🧚NHARAH🧚🧚 ingat aku batak viral ke ? #fyp #fyppppppppppppppppppppppppp
Jelasnya lagi, video tersebut dirakam secara tidak sengaja oleh adik iparnya yang turut berada dalam bilik yang sama malah, dia memberitahu suaminya yang juga merupakan anak tunggal dalam keluarga terpaksa mengambil tanggungjawab dalam menjaga ibunya yang sudah tua.
Lebih baik pindah rumah
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita terbabit untuk pindah keluar dari rumah mak mentuanya bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Ada wanita berkongsi pengalaman yang sama
Malah, ada segelintir wanita yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika tinggal bersama dengan mak mentua yang sudah semestinya mencanar kesabaran sebagai seorang menantu.
Sumber: TikTok @maknyeviral