Selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mendedahkan dia mengalami ‘morning sickness’ yang teruk susulan kehamilannya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang meronta-ronta kesakitan sambil memegang perutnya di atas katil di kediamannya.
Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja merintih kesakitan malah transgender itu muntah darah mengeluarkan paku di dalam sebuah plastik lutsinar.
“Ya Tuhan, apa yang terjadi pagi ini, sesakit inikah saya mengalami morning sickness di usia kehamilan enam minggu. Saya rasa seperti ada yang aneh dengan kehamilan kali ini,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut meminta rakannya menghubungi tunangnya iaitu Alan untuk segera pulang ke rumah memandangkan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.
“Tolong telefon papa Alan Boltian agar segera pulang kalau isterinya sekarang mengalami morning sickness yang luar biasa,” ujarnya lagi.
Malah, rakan-rakannya turut terkejut dan bimbang Lucinta bukan hamil anak manusia malah anak jin.
“Ya Tuhan, Astagfirullahalazim kakak (Lucinta)… ada paku. Kamu disihir ke? Ini bayi manusia atau bayi jin… telefon ambulan,” kata rakannya.
Tu bukan ‘morning sickness’ tapi azab
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap situasi yang dialami Lucinta bukanlah ‘morning sickness’ bahkan ia merupakan azab yang diturunkan oleh Maha Kuasa.
Dah mula drama keguguran dia
Dalam pada itu, ada segelintir netizen mendakwa Lucinta sengaja bertindak sedemikian kerana mahu mencipta pula drama kegugurannya kepada umum.