Atlet boling kebangsaan, Nerosha Keligit Thiagarajan terbuka hati mengucap dua kalimah syahadah semalam apabila selama ini tertarik melihat amalan yang dilakukan oleh rakan Muslim yang lain.
Atlet boling kebangsaan peluk Islam
Memetik laporan dari Harian Metro, Nerosha yang berusia 27 tahun telah mengucap dua kalimah syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.
Perkara tersebut disahkan menerusi Facebook Perkim yang memaklumkan Nerosha memeluk Islam di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Tertarik lihat rakan Muslim beribadah
Dalam pada itu, Nerosha yang berasal dari Sarawak menyatakan yang dia tertarik dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang taat mengerjakan ibadah.
Ujarnya, dia sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan dalam agama seperti bersolat, berpuasa dan ibadah yang lain.
“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.
Artikel lain: Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam, Guna Nama Abu Bakar
Untuk rekod, Nerosha merupakan antara atlet yang menyinar dalam sukan boling apabila mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dia juga turut memenangi perak pada temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi selepas menduduki tempat kedua dalam acara berpasukan wanita.
Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)