Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua murid dibenarkan untuk pakai busana tradisional yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.
Benarkan Murid Pakai Busana Tradisional
Memetik laporan dari Berita Harian, KPM dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya mengambil perhatian beberapa isu tular mengenai kebenaran pemakaian busana tradisional mengikut kaum dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang membabitkan murid di institusi pendidikan bawah kementerian.
“Ini adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah.
“Jadi merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit sudah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.
Penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang juga dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik,” ujar KPM.
Kredit foto: Berita Harian
Pemakaian aksesori dibenarkan pada hari tertentu
Dalam pada itu, pemakaian aksesori lain yang mengikut kesusaian aktiviti kebudayaan dan kesenian juga dibenarkan oleh pihak KPM.
Tujuan kebenaran tersebut diberi adalah untuk terus menggalakan murid-murid memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia.
Kebenaran juga diberi kepada murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi.
“KPM sentiasa menggalakkan pembabitan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” menurut KPM.
Kredit foto: Berita Harian
Sumber: Berita Harian (Saadiah Ismail)