Aktres Indonesia yang juga pempengaruh, Meli 3GP atau Anisa Tasya Amelia mendakwa dirinya dipaksa berlakon filem dewasa atau ‘porno’ oleh Irwansyah.
Memetik laporan detik, Meli 3GP mengakui dirinya termasuk dalam senarai pempengaruh dan selebriti yang terlibat dalam skandal produksi filem porno di Jakarta Selatan baru-baru ini.
Irwansyah paksa, asak berkali-kali bintangi filem
Bagaimanapun, Meli mendedahkan dirinya hanya ‘disunting’ oleh pengarah dikenali Irwansyah untuk membintangi sebuah video untuk dijadikan konten ‘adegan’ di laman YouTube.
Malah, dia juga menyatakan Irwansyah berulang kali menelefonnya tanpe henti untuk terlibat sama dalam projek berkenaan.
“Awalnya dia cuma bilang mau bikin konten YouTube doang. Dia bilang juga sudah lulus sensor.
“Sampai akhirnya mau karena banyak paksaan, dia neror-neror dari telepon,” katanya lagi.
Artikel berkaitan: Ketagih Porno Sejak Bangku Sekolah, Frans Nickolas Akui Rumah Tangga Terjejas
Aktres rasa ditipu Irwansyah, berlakon filem porno!
Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila menjadi mangsa ‘tipu’ Irwansyah kerana dipaksa untuk membuka baju dan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan.
Disebabkan itulah, Meli menyatakan dia trauma untuk terlibat sama dalam pembikinan filem terbabit. Tambah Meli, dia menarik diri selepas selesai satu video kerana tidak berasa selesa.
“Itu tadi, dia cuma bilang itu buat konten YouTube dan sudah lulus sensor. Semua adegan dari dia, cuma teknik kamera, nggak ada yang full dibuka.
“Memang trauma untuk berlakon. Dari pukul 11 pagi hingga 3 pagi esoknya mereka suruh lakonkan beberapa adegan.
“Buka baju. Itu pun tidak ada skrip. Aku cuma disuruh ikutin apa yang dia bilang,”ujarnya.
Meli turut menafikan dakwaan mereka yang terlibat dibayar antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem.
Ujarnya, mereka hanya dibayar sejuta rupiah sahaja (RM305) bagi setiap satu filem.
“Kemarin kan ada yang bilang dibayar Rp 10 sampai Rp 15 juta, tapi nyatanya aku cuma dibayar Rp 1 juta,” tuturnya.
Difahamkan individu bernama Irwansyah yang juga pengarah dan pemilik produksi berkenaan kini menjadi mangsa buruan polis.