Sejak semalam, tular di media sosial apabila Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin meminta YAB Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik semula tuduhannya ketika penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Enggan untuk terus berdiam diri, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Radzi di laman Facebooknya, beliau menegaskan tidak akan beri muka terhadap individu yang melemparkan tuduhan tidak benar dan akan mempertahankan maruahnya.
https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/327756846496382/?locale=ms_MY
“Hari hitam buat Parlimen Malaysia! Saya pantang dengan orang yang tidak bercakap benar. Saya juga akan sentiasa pertahankan maruah dan integriti diri.
“Saya bangun menuntut keadilan dan apabila YAB Tambun sesuka hati membuat tuduhan. Kerana menegakkan kebenaran, saya diminta keluar dewan! Sahabat semua nilaikanlah sendiri kerajaan PH-BN ini,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, beliau turut menegaskan tidak gentar kepada sesiapa melainkan Allah SWT.
https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/pfbid034uPt6eFecdYwM7hrcNtRZ956rD9x7xMvT4AW5iMyAa9h9CUtc2tcd6ck66RQLPjvl?locale=ms_MY
“Sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah! Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT,” ujarnya lagi.
Terdahulu, penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertukar kecoh apabila Mohd Radzi (PN-Putrajaya) bangkit meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul menggesa Perdana Menter, Anwar Ibrahim menarik semula dakwaan tidak benar terhadap dirinya.
Kekecohan itu berlaku selama beberapa minit malah, beberapa ahli pembangkang lain turut bangkit bagi mempertahankan maruah Radzi.
Malah, penjelasan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tidak dapat memuaskan hati pembangkang bahkan Johari meminta mereka untuk kekal bertenang supaya penggulungan dapat diteruskan.
Keengganan Radzi untuk memberi kerjasama menyebabkan dia dihalau keluar dari dewan rakyat dan demi menjaga maruah pembangkang, kesemua pemimpin pembangkang turut sepakat keluar dewan.
Sumber: Facebook @Dr Radzi Jidin