Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan bangga memakai baju kurung hasil rekaan seorang pelajar Kolej Vokasional, ketika menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Fadhlina menerusi perkongsian di Facebook berkata, sentuhan pelajar tahun 1 Diploma Seni Reka dan Fesyen, Hani Nadiah Rosli membuatkan beliau kelihatan anggun dan bergaya sepanjang mengikuti majlis berkenaan.
https://www.facebook.com/fadhlina.datosidek/posts/pfbid0MW5ob8m7Nsc1peGvgwtLGNU5WCwHAdQuXK6DCr15tw4VSGT9283gjP4iZLdqwukxl
Dalam pada itu, beliau menyeru supaya pelajar kolej vokasional yang mempunyai bakat terpendam supaya tampil kehadapan bagi menonjolkan diri.
Pada masa sama, Fadhlina yakin ramai lagi generasi muda mempunyai bakat besar yang berupaya menempah nama di dalam industri pada masa depan.
“Inilah bakat-bakat terpendam yang ada pada pelajar-pelajar kita dan saya berharap akan lebih ramai lagi dapat menunjukkan kebolehan mereka kerana saya sentiasa yakin Malaysia memiliki anak-anak yang berbakat besat serta mampu mencipta nama di dalam industri suatu hari nanti,” katanya.
Terdahulu, Fadhlina mendedahkan kebanyakan baju kurung dipakainya adalah hasil rekaan dan jahitan para pelajar Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Bahkan, beliau turut gemar mengenakan tudung dan beg karya pelajar kolej kemahiran biarpun berstatus VIP ketika menghadiri ke majlis formal dan persidangan.
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek