Kecoh di media sosial penyanyi dari kumpulan terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink didakwa menolak untuk memperbaharui kontrak bersama agensinya, YG Entertainment.
Menurut laporan Pink Villa, pada 14 September lalu, penyanyi lagu Money itu mula tersebar dimana dia telah menerima tawaran daripada agensi hiburan dari luar negara termasuklah negara asalnya, Thailand.
Difahamkan, jumlah tawaran dari luar negara adalah lebih besar berbanding YG Entertainment yang hanya meletakkan 37.7 juta USD bersamaan RM176,511,400.
“Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Lisa telah menolak tawaran pertama YG dan baru-baru ini turut menolak tawaran kedua. Saiz kontrak dikhabarkan bernilai 37.7 juta USD (RM176,511,400),” ujar sumber.
Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan spekulasi tersebut tidak dapat dipastikan dan orang ramai masih menunggu respon daripada YG Entertainment.
Sumber: Pink Villa