Seorang wanita sanggup mendermakan rahimnya kepada adik kandungnya demi memberi peluang untuk timang zuriat sendiri telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi laporan Okezone, difahamkan pembedahan tersebut telah berjaya dilakukan oleh pegawai perubatan dan proses untuk memindahkan organ tersebut mengambil masa sembilan jam.
Pakar bedah, Profesor Richard Smith mendedahkan wanita terbabit berusia 40 tahun sudah mempunyai anak makala adiknya, 34 tahun baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Bukan itu sahaja, adiknya telah menyimpan embrio dan baka menjalani Persenyawaan In Vitro (IVF) pada hujung tahun ini.
Selain itu, Smith turut memaklumkan proses transplan itu adalah momen yang paling sukar sepanjang dia menjadi sebagai seorang doktor.
“Saya rasa bersyukur kerana penderma kembali sihat selepas pembedahan dilakukan dan penerimanya juga dapat bertindak balas baik dengan organ terbabit.
“Diharapkan dia berjaya memiliki bayi selepas ini,” katanya.
Sumber: Okezone (Devi Ari Rahmadhani)