Sebelum ini, syarikat OceanGate pernah mencetuskan kontroversi dimana lima penumpang yang menaiki kapal selam Titan yang bertujuan mahu meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, pengasas bersama OceanGate Expeditions iaitu Guillermo Söhnlein mempunyai perancangan untuk menghantar 1,000 manusia untuk tinggal di planet Zuhrah (Venus) pada tahun 2050.
Difahamkan, Söhnlein sudah menyimpan lama hasrat untuk menjadikan manusia sebagai spesies pelbagai planet sejak dia berusia 11 tahun.
Jelasnya, dia tidak mahu membiarkan peristiwa baru-baru ini melemahkan cita-citanya dan mendakwa manusia tak sepatutnya menolak had inovasi.
Zuhrah adalah planet paling panas dalam sistem suria. Atmosferanya penuh dengan karbon dioksida, suhu permukaannya boleh mencairkan plumbum, dan asid sulfurik.
Bukan itu sahaja, menurut kajian NASA, tekanan atmosferanya yang terdapat di Zuhrah boleh menghancurkan lebih daripada 90 kali ganda daripada Bumi
Walaupun begitu, Söhnlein berpendapat manusia perlu mencuba untuk hidup di planet tersebut. Dia menunjuk kepada penyelidikan yang mencadangkan terdapat sekerat atmosfera Venus kira-kira 30 batu dari permukaan di mana manusia secara teorinya boleh bertahan kerana kurang tekanan dan suhu lebih rendah.
Sumber: Insider (Marianne Guenot)