Debaran semakin terasa menjelang beberapa hari lagi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi penduduk di enam negeri yang bakal membuang undi pada Sabtu ini.
Tidak dinafikan, PRN pada kali ini banyak menampilkan calon muka-muka baru yang bertanding dan ada juga bertukar tempat bagi merebut kerusi untuk parti mereka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rina Harun pindah kawasan
Hal ini tidak terkecuali bagi calon mewakili parti Perikatan Nasional (PN) Dun Batu Tiga iaitu Datuk Seri Rina Harun, terdahulu yang tewas ketika bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Sepang.
Terbaru, seorang aktivis Muhammad Harris Nasril telah berkongsi perbualan bersama seorang individu berhubung kehadiran Rina yang berkempen di Batu Tiga, Shah Alam.
“Baru tahu Rina Harun bertanding. Kali ini dia jadi calon payung terjun. Jauh juga tu. Dari Sepang ke Batu Tiga. PRU15 dia kalah di Sepang.
“Dia turun semalam kat sini Ris. Abah (Muhyiddin Yassin) siap bantu. Tapi sambutan tak berapa ramai la,” tulis Harris berdasarkan perbualan rakannya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0272EYHcBy5sfLVeZhgS2Nc6n4aFAQgysUz1Ji1YSC9CQDe7k4wKGFkTjzjCkdxESel&id=100090258762986
Kehadiran Rina kurang mendapat sambutan
Menerusi hantaran tersebut, Harris diberitahu oleh individu berkenaan bahawa kedatangan calon PN tersebut seolah-olah kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengundi DUN Batu Tiga.
Walau bagaimanapun, rakannya bersangka baik dengan mendakwa perkara tersebut terjadi mungkin kerana penduduk keliru berhubung penampilan Rina.
Tambah Harris, dia turut menyatakan kebimbangan terhadap nasib pengundi Batu Tiga sekiranya mereka memilih Rina sebagai wakil DUN di kawasan tersebut.
Harris kemudian mengungkit kredibiliti bekas Menteri Wanita dan Keluarga itu sewaktu insiden mencuci lantai di sebuah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara banjir pada akhir tahun 2021.
“Kepada pengundi Batu Tiga, ‘bencana besarlah’ kalah pangkah calon dari PN ini menjadi ADUN korang. Masa dia menjadi menteri dulu entah apa-apa. Tak ‘perform’ langsung.
“Saya ingat lagi dulu dia berlakon tembak jet air di lantai sekolah. Kena troll teruk,” tambah Harris.
Sokong anak arwah Harun Salim Bachik, Danial Al-Rashid!
Menjengah ruangan komen, segelintir warganet menjangka Rina mungkin akan tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid selain calon MUDA, Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen yang turut bertanding pada PRN kali ini.
Orang kenal dah Danial Al-Rashid
Tak dapat bayangkan siapa yang undi Rina
Dah kalah hari itu, ingat boleh menang?
Macam mana nak rampas Selangor gini
Walau apa pun, bertandinglah secara baik dan elakkan bertikam lidah atau politik kotor. Maklumlah, rakyat ni suka memerhati dan hanya akan memilih calon yang layak untuk menjaga kawasan mereka.
Sumber: Facebook Muhammad Harris Nasril