Cantik dan manis pada hari perkahwinan bukan saja terletak pada pilihan gaun ataupun busana pengantin. Bahkan sentuhan solekan yang sesuai juga banyak membantu menaikkan aura seri pengantin.
Selalunya, pengantin perempuan lebih selesa menggunakan khidmat jurusolek atau ‘mak andam’ untuk menatarias wajah mereka. Hal ini mungkin kerana sentuhan mak andam dianggap lebih halus dan sempurna.
Namun begitu, berbeza pula yang dialami oleh pengantin ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna, solekan yang dikenakan diwajahnya lebih cerah berbanding warna kulit sebenar telah mencetuskan kritikan ramai.
@bestores07 Clear products#makeup #fyp #makeupremoval #skincare #beauty #makeupartist
Pengantin bengang!
Dalam video berdurasi pendek itu, pengantin wanita kelihatan bengang selepas juru solek cuba untuk meletakkan bedak di bahagian lehernya supaya warna bahagian tersebut sama seperti wajahnya.
Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal dan salah seorang daripada mereka telah memberi sebuah produk yang dapat menyelesaian masalah itu.
Netizen kesian tengok pengantin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pengantin tersebut memandangkan solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulitnya.
Sumber: TikTok @nicole