Walaupun wajahnya penuh dengan lukisan atau tanda kekal di atas kulit iaitu tatu, namun, perubahan dari segi penampilannya oleh seorang wanita Indonesia yang bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita tersebut yang dikenali sebagai Mondy Tatto di laman TikToknya, dia yang cantik berpakaian labuh longgar dengan diiringi oleh beberapa rakan yang lain sedang berada di sebuah lokasi.
@mondy_tatto #hijrah #fyp #fypdongggggggg #foryou #indonesia🇮🇩 #viral #tiktok
Dalam video itu juga, kelihatan pendakwah bebas terkenal dari Malaysia, Ebit Lew turut berada di lokasi sama yang difahamkan turut terlibat dalam penghijrahan wanita terbabait telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Ramai tergamam!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan perubahan Mondy yang sangat berbeza berbanding dengan penampilannya sebelum ini.
Alhamdulilah, semoga dipermudahkan segala urusan
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Mondy dalam berhijrah ke arah yang lebih baik dipermudahkan dan berharap dia terus istiqamah dalam menutup aurat.
Sumber: TikTok @mondy_tatto