Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tujuh Pemain Warisan Digantung 12 Bulan, CAS Kekalkan Denda Terhadap FAM

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

7 pemain warisan dikenakan penggantungan 12 bulan

Menerusi perkongsian Facebook Harimau Malaya, tujuh pemain terbabit ialah Facundo Tomás Garcés Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Pemain warisan tetap dihukum, rayuan FAM ditolak

Dalam kenyataan sama, CAS turut mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditolak, sekali gus mengekalkan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 terhadap badan induk bola sepak negara itu.

Ini bermakna kesemua pemain masih dibenarkan menjalani latihan bersama kelab masing-masing sepanjang tempoh penggantungan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Larangan daripada bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026, dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang telah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman.
“Panel CAS juga memutuskan bahawa denda CHF 350,000 terhadap FAM adalah wajar dan seimbang,” kata CAS.

pemain warisan

Artikel lain: Isu Dokumentasi Pemain Warisan: TMJ Minta Kumpul Bukti Kukuh! Lapor Pihak Berkuasa

Keputusan ini menyaksikan rayuan para pemain hanya diterima sebahagiannya apabila hukuman dipinda, namun tempoh penggantungan tetap dikekalkan selama setahun bagi perlawanan rasmi.

Sumber: Facebook Harimau Malaya

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki cina dikenali sebagai Henry Ong berasa teruja apabila merasai pengalaman baharu berbuka puasa di masjid. Rasai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd