Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Wanita Dalam Kereta: Identiti Dikenal Pasti, Enam Individu Ditahan

Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang anggota polis cedera ditembak serta penemuan mayat seorang wanita dalam kereta di Simpang Pulai, Ipoh awal pagi Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan, kesemua yang ditahan mempunyai pertalian keluarga dan terdiri daripada lima lelaki serta seorang wanita.

“Kesemua mereka ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya pada Ahad.

Noor Hisam berkata, mangsa wanita yang ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta di kawasan kebun kelapa sawit itu dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 62 tahun.

Beliau memaklumkan, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kelemasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kereta yang digunakan bukan kenderaan curi. Kes ini kini disiasat dengan lebih terperinci termasuk kaitannya dengan suspek utama,” ujarnya.

Terdahulu sekitar jam 1.15 pagi, seorang anggota polis berpangkat konstabel, Aziq Zulfikri Abdul Rajak cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta mencurigakan di Taman Desa Pakatan.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd