Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mayat Pelancong Australia Dipulangkan Tanpa Jantung, Hospital Bali Nafi Dakwaan Curi Organ

Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Prof. Dr. IGNG Ngoerah di Denpasar, Bali, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berhubung dakwaan pencurian organ selepas mayat seorang pelancong Australia, Byron Haddow, 23, dipulangkan ke negaranya dalam keadaan tanpa jantung.

Menurut laporan Kompas. Com, Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kejururawatan dan Sokongan RSUP Prof. Ngoerah, I Made Darmajaya, menegaskan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

“Saya ingin tegaskan, isu kononnya hospital kami terlibat dalam pencurian organ adalah tidak berasas,” katanya.
jantung

Foto: dailymail

Menurut beliau, proses autopsi dilakukan atas permintaan rasmi pihak polis dan bukan atas kepentingan hospital.

“Tidak ada sebab untuk kami menahan organ pesakit. Pemeriksaan dijalankan semata-mata untuk tujuan forensik dan mengikut lunas undang-undang,” ujarnya.

Artikel lain: Dilanggar Pemandu Mabuk, Hasrat Arwah Derma Kornea Mata Diberi Penghormatan Warga Hospital

Made turut menjelaskan bahawa jantung milik Haddow hanya boleh dipulangkan selepas selesai proses pemeriksaan patologi yang mengambil masa agak lama kerana perlu mematuhi ketetapan makmal dan peraturan undang-undang sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, ibu bapa mangsa,  Robert dan Chantal Haddow, meyuarakan rasa kecewa terhadap cara pihak berkuasa Indonesia menguruskan jenazah anak mereka.

Dalam kenyataan melalui peguam di Bali, mereka berkata sering berdepan penangguhan, maklumat yang tidak lengkap, serta kegagalan komunikasi.

jantung

Foto: dailymail

“Kami menerima tubuh Byron hampir empat minggu selepas kematiannya. Namun hanya dua hari sebelum upacara pengebumian, kami diberitahu bahawa jantung anak kami tidak dihantar bersama, sebaliknya ditinggalkan di Bali tanpa pengetahuan atau kebenaran kami.
“Ini sungguh kejam dan menghancurkan hati kami,” jelasnya.

Merka juga meragui penjelasan bahawa Byron meninggal dunia akibat lemas di kolam renang.

“Tiada yang masuk akal tentang dakwaan Byron mati lemas,” tegas ibunya.

Tedahulu, Haddow, berasal dari Queensland, ditemui tidak bernyawa di sebuah kolam renang vila di Bali pada 26 Mei lalu.

jantung

Jenazahnya hanya dihantar pulang ke Australia hampir empat minggu selepas kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pemeriksaan lanjut oleh Koroner Queensland mendapati organ jantung mangsa tidak ditemui dalam tubuhnya, sekali gus mencetuskan tanda tanya keluarga dan perhatian kerajaan Australia.

Sumber: Kompas.Com (Aditya Jaya Iswara, Inas Rifqia Lainufar)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd