Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkasa Kerjasama, Malaysia Komited Perkukuh Keselamatan dan Peralihan Tenaga yang Adil

Malaysia Komited

Malaysia komited untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan memimpin peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat serantau dan global.

Komitmen itu dizahirkan semasa Sidang Kemuncak Summit for the Future of Energy Security yang berlangsung selama dua hari di London, dengan penyertaan pemimpin utama sektor tenaga dunia.

Delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, menyertai perbincangan strategik melibatkan integrasi sistem tenaga serantau, perubahan iklim, keselamatan bekalan elektrik dan teknologi baharu.

“Kami mengambil peluang di sidang ini untuk memperkukuh kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan menerajui usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN.
“Selain itu, Malaysia turut mempromosikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta memperkasa kerjasama dua hala menerusi pertemuan dengan pemimpin United Kingdom dan Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA),” katanya dalam kenyataan.

Malaysia turut menegaskan komitmen untuk terus memimpin peralihan tenaga secara pragmatik dan progresif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia komited untuk memimpin peralihan tenaga rantau ini secara pragmatik dan progresif, dengan memberi keutamaan kepada kebolehcapaian, keterjaminan bekalan dan kemampuan pengguna,” jelas kenyataan itu.

Artikel lain: TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

PETRA turut menyatakan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam sidang kemuncak tersebut mencerminkan pelaksanaan prinsip Malaysia MADANI, khususnya nilai-nilai kesejahteraan, kemampanan dan keterangkuman.

“Pendekatan pragmatik serta berpaksikan rakyat ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membentuk negara progresif, lestari dan inklusif demi kesejahteraan generasi kini dan masa depan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dengan penyertaan ini, Malaysia terus memperkukuh peranan sebagai pemacu utama dalam membentuk masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif, seiring komitmen terhadap kerjasama serantau dan global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman memaparkan situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya yang didakwa berpunca akibat berlakunya ketidaksefahaman. Suami gaduh...

Bisnes

Sime Darby Property Bhd mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi pekerjanya yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40, daripada RM1,500 kepada RM2,700 sebulan. Menurut laporan Berita...

Nasional

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memuji kualiti kepakaran petugas perubatan dan perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN). Sultan Brunei puji IJN Memetik laporan Bernama, Perdana...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan seorang pak cik tolak duit influencer lalu meluahkan kesyukuran atas bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI yang telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd