Usahawan popular yang dikenali sebagai Makcik Kemboja, atau nama sebenarnya Madam Mariyah Yaakob, mengesahkan dirinya telah diceraikan oleh suaminya secara mengejut ketika sedang bersiaran langsung di platform media sosial miliknya.
Lebih memilukan, lafaz cerai tersebut berlaku di hadapan lebih 200 penonton yang menyaksikan sesi live berkenaan, menjadikan ia satu detik peribadi yang secara tidak langsung menjadi tontonan umum.

Foto: Carian Google
Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Mr. S, dilaporkan meninggalkan komen sebanyak lima kali dalam ruangan siaran langsung tersebut.
“Dengan lafaz Bismillah, Maryah Bt Yaakob aku ceraikan kau,” tulisnya.
Artikel lanjut: Isteri Dicerai Dalam Pantang, ‘Abang Santan’ Kejar Cinta Janda Lebih Berusia?
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, namun menurut Makcik Kemboja, hubungan mereka mulai renggang akibat kehadiran pihak ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangga.

Foto: TT @mariyahholdings
Meskipun dikejutkan dengan tindakan suami secara terbuka itu, Makcik Kemboja kelihatan tenang dan matang dalam mengendalikan situasi. Beberapa jam selepas kejadian, beliau memuat naik satu video reaksi di akaun media sosial miliknya yang disertakan dengan kapsyen pedas namun penuh ketegasan.
“Terima kasih Mr. S atas cerai yang dilafazkan. Ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman.
“Aku memang tak sempurna jadi isteri engkau, tapi kau lebih tak layak jadi suami aku.” luahnya.

Foto: TT @mariyahholdings
Video tersebut diakhiri dengan paparan klip pendek yang menunjukkan Makcik Kemboja bersama seorang lelaki dan seorang wanita lain, dipercayai berkait dengan punca konflik rumah tangganya. Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan.
Setakat ini, Makcik Kemboja belum mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan selepas penceraian itu, manakala pihak Mr. S juga belum tampil memberikan sebarang kenyataan balas.
Sumber: TikTok @mariyahholdings
