Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Majikan Diberi Tempoh 30 Hari Daftar PERKESO Untuk Pekerja Sempena Bulan Pemutihan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi tempoh selama 30 hari kepada majikan untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela yang akan berakhir sehingga 31 Mei ini.

Menerusi satu kenyatann, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datok Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tempoh tersebut adalah peluang akhir bagi majikan dengan pengecualian kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) sempena Bulan Pemutihan kali ke-15.

“Majikan boleh mendaftar menerusi dalam talian melalui Portal ASSIST atau hadir ke mana-mana 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, ataupun hubungi Careline PERKESO di 1-300-22-8000.
“Sekiranya majikan masih GAGAL berbuat demikian dalam tempoh pemutihan, PERKESO tidak akan berkompromi dengan ketidakpatuhan majikan dan tiada lagi pengecualian dan tindakan penguatkuasaan akan dipertimbangkan kepada majikan terbabit menerusi OPS KESAN 2024 yang akan dilaksanakan pada bulan Jun ini,” katanya.

Beliau juga berkata, OPS KESAN Ke-15 ini demi memastikan semua majikan yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka sebagaimana peruntukan Seksyen 4 dan 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), serta Seksyen 14 dan 16 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Kegagalan majikan untuk mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan pengkompaunan dan pendakwaan, yang mana jumlah kompaun yang dikenakan boleh mencecah RM5,000.00 mengikut kesalahan yang dilakukan,” ujar beliau.

Mohammed Azman turut berkata, majikan yang gagal mendaftar dan membayar caruman PERKESO juga akan dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) pada kadar enam peratus setahun di atas setiap hari caruman lewat dibayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Majikan juga boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000.00 atau penjara sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.

Sementara itu, Mohammed Azman juga memaklumkan tahap ketidakpatuhan majikan mencarum di bawah Akta 4 dan Akta 800 adalah 21.73 peratus, yang mana kebanyakannya membabitkan majikan berskala kecil dan baru memulakan perniagaan pasca pandemik berdasarkan statistik OPS KESAN Ke-14 pada 2023.

“Hasil dapatan PERKESO menunjukkan majikan dalam kategori pemilikan tunggal mencatat jumlah tertinggi bagi kesalahan lewat mendaftar dan mencarum selain kurangnya pengetahuan serta kesedaran mengenai kewajipan mencarum dalam kalangan majikan.

“Justeru, saban tahun apabila OPS Kesan dilaksanakan, kita lihat kadar ketidakpatuhan dalam kalangan majikan masih meruncing, sekali gus mengabaikan hak asasi pekerja untuk mendapat perlindungan keselamatan sosial,” jelasnya.

Untuk makluman, Bulan Pemutihan bertujuan memberi penyaluran maklumat berkaitan pencegahan kemalangan di tempat kerja sekali gus menguar-guarkan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua majikan terutama dari sektor kecil dan sederhana.

Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang selaras dengan ’Vision Zero PERKESO’ untuk mencapai sifar kecederaan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd