Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kedah FC, Perak FC Masih Ada Harapan – “Mereka Kena Berjuang Dalam Liga A1”

Kegagalan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Perak FC memperoleh lesen kebangsaan untuk bersaing dalam saingan Liga Super musim 2025-2026 bukan noktah kepada perjalanan mereka dalam bola sepak tempatan.

Sebaliknya, kedua-dua pasukan utara itu masih berpeluang meneruskan aksi dalam Liga Al.

Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya tidak mahu mana-mana pasukan yang terkeluar daripada Liga Malaysia (Liga-M) terus lenyap daripada kancah bola sepak negara.

Liga A1

Liga A1

“Kita tidak mahu bila pasukan jatuh, terus hilang. Liga Al ini menjadi platform untuk KDA FC dan Perak FC terus hidup dan terus berjuang.
“Dengan adanya Liga Al, mereka masih ada tempat untuk kembali. Kita harap suatu hari nanti mereka mampu kembali ke Liga Super,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM menegaskan kejatuhan dua kelab berkendan perlu dilihat sebagai peluang untuk melakukan pemulihan demi masa depan yang lebih baik.

Artikel lain: Pearly-Thinaah Tempah Slot Suku Akhir Masters Malaysia 2025

Liga A1

“Pasukan seperti ini perlu ruang untuk ambil nafas, susun semula kekuatan dan perlahan-lahan bina semula pasukan.
“Saya di AFL sentiasa memberi ruang dan mengalu-alukan penyertaan mereka untuk kekal beraksi dalam Liga Al,” katanya.

Terdahulu, First Instance Body (FIB) mengesahkan bahawa kedua-dua pasukan itu gagal mendapatkan lesen kebangsaan bagi saingan Liga Super musim depan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd