Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Menang Saman RM7.4 Juta, Cacat Kekal Akibat Kecuaian Hospital Dan Doktor

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan beliau hilang beberapa anggota badan.

Lelaki cacat kekal, menang saman RM7.4 juta

Menurut laporan Berita Harian, Vimal yang kini cacat kekal, memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan dan beberapa doktor selepas menjalani beberapa siri pembedahan pada tahun 2019 yang berakhir dengan pemotongan tangan kiri di bawah siku, kaki kanan di bawah lutut serta tumit dan jari kaki kiri.

Hakim Su Tiang Joo ketika membacakan penghakiman berkata, jumlah ganti rugi sebanyak RM7.4 juta itu ditetapkan selepas penilaian dibuat susulan kerajaan mengakui liabiliti terhadap kes tersebut.

Dalam prosiding penilaian ganti rugi, pihak plaintif yang diwakili Vimal dan bapanya, J Krishnasamy, membentangkan 11 saksi pakar berbanding empat saksi dari pihak kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
RM7.4 juta

Foto: FMT

Daripada jumlah RM7.4 juta, RM6.4 juta diperuntukkan bagi pembelian satu lengan robotik dan dua kaki robotik, manakala RM213,000 diberikan sebagai pampasan atas kesakitan dan penderitaan, RM180,000 untuk penjagaan di rumah, serta RM20,000 bagi ganti rugi teruk.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan kerugian pendapatan oleh bapa Vimal kerana tiada bukti dokumentari dikemukakan. Pihak plaintif turut menerima RM200,000 sebagai kos guaman.

Artikel lain: Lelaki Saman Hospital RM55 Juta, Hilang Dua Kaki Akibat Kecuaian Doktor

Vimal pada asalnya menuntut RM18.3 juta dan diwakili barisan peguam Brijnandan Singh Bhar, Harwindar Kaur, Dhanesh Subramaniam Nair, Nathasha Bhar, Jasween Kaur, Keshvinder Kaur dan R Vinushini. Sementara itu, kerajaan diwakili oleh Peguam Persekutuan Siti Asmath Che Man.

Saman tersebut difailkan oleh Krishnasamy pada tahun 2020 ketika Vimal masih di bawah umur, menamakan Kementerian Kesihatan (KKM), Hospital Ampang, tiga doktor dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Vimal kemudian dimasukkan sebagai plaintif selepas mencapai usia 18 tahun, dengan tuntutan terhadap hospital dan doktor ditarik balik selepas kerajaan menerima liabiliti vikarius.

Menurut penyataan tuntutan, Vimal merupakan kanak-kanak normal tanpa penyakit kritikal atau masalah ginetik kecuali tindak balas alahan di bahagian kemaluan.

Pada 15 Januari 2019, dia dimasukkan ke hospital Ampang dan didiagnos menghidap balanitis, keadaan yang biasanya boleh dirawat.

Namun, dua hari kemudian dia dibenarkan pulang walaupun belum pulih sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
RM7.4 juta

Foto: Malaysiakini

Tidak lama selepas itu, Vimal dikejarkan semula ke hospotal selepas tidak sedarkan diri di rumah dan Vimal ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) pada 23 Januari.

Bapanya mendakwa kakitangan perubatan meminta beliau menandatangani borang kebenaran kosong tanpa penjelasa nmengenai risiko atau rawatan yang akan dilakukan.

Keesokan harinya, Krishnasamy mendapati jari tangan dan kaki anaknya mula menjadi hitam serta membengkak, namun tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaan sebenar Vimal.

Antara Mac hingga November 2019, beberapa pembedahan dilakukan hingga menyebabkan pemotongan tangan dan kaki, meninggalkan Vimal dengan kecacatan kekal yang teruk.

Sumber: Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd