Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Rumah Keluarga, Ibu Melecur Teruk

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas disyaki membakar rumah milik keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, awal pagi Khamis.

Lelaki bakar rumah disebabkan bawah pengaruh dadah

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, kejadian yang dilaporkan sekitar jam 1.08 pagi itu mengakibatkan kira-kira 65 peratus bahagian rumah musnah dalam kebakaran.

bakar rumah

Foto: Kosmo!

“Siasatan awal mendapati insiden dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat anak pemilik rumah sendiri yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Artikel lanjut: Isteri Maut Dikelar Suami, Suspek Cuba Bakar Rumah Ibu Mentua

Menurut beliau, ibu suspek yang cedera akibat melecur dalam kejadian berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk menjalani pembedahan segera.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Hulu dengan bantuan Balai Bomba Daerah Baling berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek kemudiannya berjaya diberkas oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pengkalan Hulu bersama anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) pada jam 3.25 pagi hari sama,” ujarnya.
bakar rumah

Foto: FMT

Zulkepli menambah, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Mahkamah Majistret Gerik telah meluluskan permohonan tahanan reman terhadap suspek selama empat hari sehingga 1 November bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Lokal

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd