Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

KWSP Dijangka Umum Dividen 6.3 Hingga 6.5 Peratus Bagi 2025 – Ahli Ekonomi

KWSP Dijangka Umum Dividen 6.3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.3 peratus untuk akaun simpanan konvensional dan Syariah bagi 2024.

“Berdasarkan prestasi KWSP bagi tempoh sembilan bulan 2025, yang merekodkan peningkatan 11 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar, dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan bagi tahun berkenaan,” katanya kepada BERNAMA.

KWSP Dijangka Umum Dividen 6.3-6.5%

Dr Mohd Afzanizam berkata strategi pelaburan KWSP yang konservatif dan bertanggungjawab membolehkan dana itu menyeimbangkan risiko dan pulangan dengan baik.

Pendedahan kepada pasaran global berjumlah kira-kira 38 peratus serta peruntukan lebih besar kepada aset pendapatan tetap menawarkan gabungan aset yang seimbang dan kepelbagaian geografi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini sekali gus membantu meminimumkan risiko portfolio dan pada masa sama memaksimumkan pulangan pelaburan,” katanya.

Sehingga suku ketiga 2025, ekuiti dan pendapatan tetap masing-masing merangkumi 46 peratus dan 45 peratus daripada jumlah aset KWSP, diikuti hartanah dan infrastruktur sebanyak tujuh peratus serta instrumen pasaran wang sebanyak dua peratus.

“Setiap kelas aset mempunyai tujuan yang tersendiri dalam portfolio. Ekuiti khususnya bertujuan untuk meningkatkan modal manakala instrumen pendapatan tetap menawarkan pengekalan modal dan instrumen pasaran wang yang menyokong pengurusan mudah tunai,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA, Dr Juliana Mohamed Abdul Kadir, berkata strategi KWSP mempelbagaikan kelas aset di dalam dan luar negara membantu mencapai kadar dividen lebih tinggi.

“Selain itu, pasaran ekuiti terus mengukuh seperti yang dilihat apabila KWSP meningkatkan pegangan sahamnya dalam IJM Corporation Bhd kepada 20.4 peratus sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan itu.
“Pengukuhan ringgit berbanding mata wang lain turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelaburan negara,” katanya.

Artikel lain: KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion, Naik 11% Dalam Tempoh Sembilan Bulan

Dr Juliana menekankan bahawa perubahan dalam kadar faedah global, kestabilan mata wang dan ketidakpastian geopolitik boleh menjejaskan pulangan dan sentimen pasaran.

Beliau juga berkata pertumbuhan pesat segmen bekerja sendiri dan pekerja gig menjadi faktor penting di sebalik peningkatan caruman sukarela.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menjangkakan dividen mungkin bergerak dalam julat 5.5 hingga 6.5 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan turun naik bergantung kepada prestasi pasaran global dan kecekapan strategi pelaburan KWSP,” tambah beliau.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd