Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kurang Persiapan, Rehat Hampir Dua Minggu Punca Aksi Shah Firdaus Tak Sama Seperti Olimpik

Pasangan adik-beradik yang merupakan harapan Malaysia dalam acara pecut individu lelaki, Shah Firdaus dan Ridwan Sahrom terpaksa akur hanya menamatkan saingan di pusingan pertama apabila menampilkan aksi bawah paras sebenar pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Velodrom Ballerup Super Arena, Denmark, semalam.

Memetik laporan Kosmo Digital, jurulatih skuad berbasikal trek negara, Harnizam Basri mengakui, prestasi anak-anak buahnya belum mencapai tahap yang dimahukan, lebih-lebih lagi menjalani persiapan tidak maksimum selepas rehat panjang sebaik temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.

Foto: Sinar Harian

“Secara keseluruhan, kita boleh tahu bahawa prestasi kita bukan yang terbaik sama seperti di Olimpik tempoh hari. Selain itu, kita juga kurang persiapan untuk kejohanan ini kerana berehat hampir dua minggu selepas Olimpik.
“Saya percaya kita secara perlahan-lahan akan kembali ke prestasi terbaik seperti yang diharapkan,” katanya merujuk kepada aksi ditampilkan pelumba-pelumba negara pada hari keempat kejohanan, pada Ahad.

Terdahulu, dalam pusingan kelayakan, Shah melakukan catatan masa 9.940 saat (s) di kedudukan ke-22, masih jauh jika dibandingkan dengan catatan terbaik peribadi (PB) 9.635s, manakala Ridwan sekadar mencatat 10.004s (No. 25).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Shah kelihatan semakin baik selepas mengalami demam teruk tetapi badan masih belum pulih sepenuhnya. Ridwan pula melakukan PB tetapi agak kecewa kerana tidak dapat lakukan catatan masa bawah 10s,” ujar Harnizam.

Foto: Kosmo Digital

Sewaktu di peringkat kelayakan, mereka berdua menempatkan diri di kedudukan 22 dan 25 untuk mara ke pusingan seterusnya, namun dikecewakan oleh lawan masing-masing ketika perlumbaan tersebut.
Memasuki peringkat seterusnya, Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara.
Sumber: Kosmo Digital (Muhammad Helmee Ramli)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd