Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kris Dayanti Kejutkan Peminat, Wakili Indonesia Dalam Pertandingan Wushu Di China

Penyanyi terkenal, Kris Dayanti mengejutkan peminatnya apabila menjadi wakil Indonesia dalam pertandingan antarabangsa Wushu di China.

Wakil Indonesia pertandingan Wushu

kris dayanti Wakil Indonesia pertandingan Wushu

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 50 tahun itu memaklumkan bakal berangkat bersama pasukannya ke pertandingan itu yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Oktober ini.

https://www.instagram.com/p/DPtVFlFkkLr/?img_index=1

“Berlatih layaknya bertanding, hari ini kami melakukan simulasi latihan terakhir sebelum berangkat untuk pertandingan international wushu di İmeishan China 14-20 oktober nanti.
“Doakan Indonesia juara ,jiayou,” tulis Kris Dayanti di Instagram.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu turut berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan dirinya sedang melakukan beberapa rutin yang diperlukan dalam sukan tersebut semasa latihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet dan rata-ratanya mendoakan yang terbaik serta pulang membawa kejayaan untuk Indonesia.

Hebatnya dirimu

Selamat bertanding untuk Indonesia

Moga Indonesia menang

Artikel lain: Cucu Kris Dayanti Dapat Kereta Mewah Bersempena Ulang Tahun Ke-2

Untuk info, Kris Dayanti terlibat dengan latihan wushu sejak beberapa tahun lalu untuk mengisi masa lapang dan kesihatan. Kemudian beliau telah jatuh cinta dan mula melakukan disiplin wushu dengan serius.

Sumber: Instagram krisdayantilemos

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd