Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Melaka Serbu Restoran Mamak, Sorok Lebih 500kg Gula & Minyak Masak Peket

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu sebuah restoran mamak di Pusat Perniagaan Jelatang kerana menyembunyikan lebih 550 kilogram (kg) minyak masak peket dan gula bersubsidi, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Restoran mamak sorok gula, minyak masak peket

Memetik laporan Sinar Harian, pihak KPDN Melaka telah mengesan premis berkenaan menyembunyikan lebih 550 kilogram (kg) minyak masak peket dan gula bersubsidi.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat daripada pengikut media sosial KPDN Melaka yang aktif memberikan maklum balas dan info berkenaan penyelewengan barangan kawalan.

Norena berkata, dalam serbuan itu sebanyak 250 peket minyak masak dan 300 peket gula bersubsidi ditemui disorokkan di dalam stor serta di bahagian tangga premis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Restoran itu telah melakukan kesalahan apabila gagal mengemukakan sebarang dokumen permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Gula minyak

Jelas beliau, mana-mana kedai makan tidak dibenarkan untuk menggunakan minyak masak dan gula peket kerana ia telah dikhususkan bagi isi rumah.

Katanya lagi, bekalan yang dirampas oleh pihak KPDN Melaka pada hari ini sepatutnya dimanfaati 133 buah keluarga.

Hasil soal siasat juga mendapati pemilik premis berkenaan gagal mengemukakan permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Gula minyak

Siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti pihak terlibat yang membekalkan minyak masak peket tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kejadian paip pecah di kawasan Segambut, Kuala Lumpur pagi tadi menjadi tular selepas seorang pengguna Threads, @jugusseo berkongsi pengalaman cemasnya ketika menghadapi insiden tersebut....

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menyarankan penganut Hindu supaya mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti berlebihan sempena sambutan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd