Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Komunikasi Sokong Titah Agong Bendung Budaya Buli

Kementerian Komunikasi menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan kepentingan membanteras budaya buli sejak peringkat sekolah.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peringatan Seri Paduka itu jelas menunjukkan gejala buli bukan sahaja menjejaskan emosi dan mental mangsa, malah boleh melahirkan generasi yang hilang nilai hormat serta kasih sayang sesama insan.

Menurut beliau, Kementerian Komunikasi komited menyokong hasrat tersebut melalui beberapa langkah utama.

“Antaranya dengan melaksanakan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh di televisyen, radio, media sosial dan platform digital; menggerakkan tindakan susulan rentas kementerian agar mesej sampai kepada murid, pelajar, ibu bapa dan komuniti; serta memperkukuh pengarusperdanaan nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam komunikasi strategik kerajaan serta program masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi menambah, usaha itu seiring dengan pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025, yang menzahirkan kesungguhan kerajaan menangani isu buli dengan lebih tegas.

Kementerian juga akan memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk lebih mudah difahami kanak-kanak dan remaja, bagi memastikan generasi muda benar-benar menghayati nilai hormat dan mengamalkan sikap prihatin sejak kecil.

Dalam masa sama, beliau menyeru ibu bapa, sekolah, komuniti serta media untuk berganding bahu membanteras gejala buli secara bersama.

Sumber: Berita RTM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd