Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keluarga Tarik Laporan, Kes Murid Cedera Dibaling Kotak Pensel Selesai – Polis

Insiden melibatkan seorang murid sekolah rendah di daerah Besut yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa cedera akibat terkena kotak pensel yang dibaling oleh seorang guru kini disahkan telah selesa, menurut pihak polis.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu memaklumkan bahawa satu ses perbincangan telah diadakan pada Khamis antara keluarga murid, pihak sekolah dan Pejabat Pendiikan Derah (PPD) bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

Foto: Sinar Harian

“Hasil perjumpaan kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapati berlaku salah faham antara kedua-dua pihak.
“Laporan polis yang dibuat oleh keluarga murid terbabit sebelum ini juga telah ditarik balik pada hari yang sama sekitar jam 4.40 petang,” katanya.

Sususlan penarikan laporan tersebut, kes kini telah diserahkan sepenuhnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Besut untuk tindakan seterusnya.

“Sebelum ini, polis menerima laporan pada hari Rabu daripada seorang individu yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala akibat terkena objek yang dilemparkan oleh guru ketika sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak, Pasir Akar.
“Hasil siasatan lanjut mendapati pengadu turut memuat naik beberapa video berkaitan kejadian itu dan menularkannya di media sosial,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Antara yang turut berkongsi video tersebut adalah akaun Instagram milik personaliti media sosial @capricedaddycap yang merekodkan lebih satu juta tontonan sejak dimuat naik pada hari Rabu.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kekeliruan awam.

Sebarang maklumat berkaitan kes jenayah boleh disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut melalui talian 09-6956222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Sosial

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan...

Sosial

Seramai 163 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Jitra terpaksa dipindahkan selepas berlaku banjir kilat secara mengejut di kawasan sekolah itu pagi tadi....

Dunia

Kakak ahli perniagaan buruan Jho Low, Low May Lin, bersama sekutu rapatnya Tan Kim Loong, diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar hampir AS$2.8...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd