Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selangor Kekalkan Larangan Bawa Haiwan Peliharaan Ke Pusat Beli-Belah

Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih diteruskan buat masa ini, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, walaupun dasar sedia ada masih berkuat kuasa, kerajaan negeri bersedia menilai semula garis panduan yang diguna pakai bagi memastikan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum terus terpelihara.

haiwan

Artikel lain: Restoran Pamer Alpaka Dan 22 Haiwan Lain Diserbu MBMB, Pemilik Didenda Lebih RM10,000

Beliau menjelaskan, sebagai sebuah negeri yang pesar membangun dan beraspirasi ke arah piawaian antarabangsa, Selangor tidak menolak untuk menelita amalan yang dilaksanakan di negara orang lain termasuk polisi yang lebih mesra haiwan peliharaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di sesetengah negara, membawa haiwan peliharaan ke pelbagai tempat awam termasuk pusat beli-belah sudah menjadi kebiasaan. Namun, kita perlu menilai kesesuaian pendekatan itu dengan budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan yang berbilang latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai Operasi Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7, pada Rabu.

haiwan

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengarah Utusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan sebuah pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang yang mencetuskan perhatian apabila membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke dalam premis berkenaan.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd