Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kedah Beri Tempoh Hingga Disember, Larangan Penuh Penjualan Vape – Mansor Zakaria

Kedah memaklumkan bahawa tempoh penjualan vape hanya berkuatkuasa sehingga Disember tahun ini sahaja sebelum larangan sepenuhnya dilaksanakan di negeri itu.

Kedah beri tempoh hingga Disember

Kedah beri tempoh hingga Disember

Foto: Utusan

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mansor Zakaria, memberitahu kerajaan negeri tidak akan melanjutkan tempoh tersebut demi mengamalkan gaya hidup sihat serta membanteras ancaman dadah sintetik.

Beliau berkata, tempoh tujuh bulan bermula Mei hingga Disember dianggap sudah mencukupi bagi peniaga mencari sektor lain untuk mencari pekerjaan baharu.

“Peniaga vape diharap dapat tukar kepada perniagaan lain selepas ini, kita sudah beri ruang untuk mereka.
“Tujuh bulan adalah tempoh yang munasabah. Keputusan ini kita capai pada mesyuarat bersama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah minggu ini,” kata Mansor, baru-baru ini.

Terdahulu, Kerajaan Terengganu mengumumkan larangan penjualan vape berkuat kuasa 1 Ogos dan Perlis mengikut jejak sama dengan pelaksanaan larangan pada tarikh sama.

Kedah beri tempoh hingga Disember

Foto: Utusan

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen premis perniagaan vape yang sudah tamat.

Inisiatif ini merupakan dasar lebih ketat kerajaan negeri dalam langkah membendung peningkatan penyalahgunaan dadah sintetik, terutama dalam kalangan remaja bawah umur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Muhammad Sanusi, terdapat individu yang menyalahgunakan vape dengan meletakkan bahan terlarang dalam cecair dan dijual secara terbuka.

Dalam pada itu, Mansor memberitahu penguatkuasaan penuh akan bermula awal tahun depan dan tindakan sitaan akan diambil terhadap premis yang masih enggan memberikan kerjasama mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Kebanyakan lesen premis tamat pada Disember ini dan sebahagian kecil akan tamat pada Januari serta Februari tahun depan.
“Jika masih degil dan ingkar, kita akan keluarkan kompaun serta rampas barang,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bagi kedai serbaneka yang menjual vape, penguatkuasaan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM juga perlulah membatalkan semua lesen pengeluaran dan penjualan vape pada peringkat Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kedah beri tempoh hingga Disember

Foto: Berita Harian

Artikel lain: Kedah Akan Kawal Penjualan Vape Sebelum Putuskan Larangan – Sanusi

“Negeri hanya kawal penjualan di premis, tetapi lesen jualan diberi Kerajaan Pusat. Jika Persekutuan hentikan pengeluaran lesen, isu ini boleh selesai sepenuhnya.
“KKM selalu ingatkan rakyat kesan buruk vape, jadi Kerajaan Pusat perlu ambil langkah tegas haramkan terus penjualan vape,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, penjualan vape kini tertakluk mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sumber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd