Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Kami Tak Pernah Anggap Hero..”- Musa Nuwayri Tegaskan Misi GSF Bukan Untuk Kemasyhuran

Kami Tak Pernah Anggap Hero

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menegaskan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak pernah menganggap diri mereka sebagai wira.

Menurutnya, penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham terhadap tujuan sebenar penyertaan mereka dalam misi tersebut.

“Ketika tiket balik dah dibeli, hanya kami kami yang tahu. Malah semua dari kami setuju, kita balik diam diam. Jumpa semua di Axiata, berkumpul dan bersolidariti untuk Gaza  di sana.

“Tetapi tarikh dan waktu kami sampai tanah air bocor juga. Dato’ Sani tukar plan. Kena rai mereka yang nak datang. Tak boleh keluar lalu pintu belakang. Maka jadilah sambutan luar biasa dari yang dijangka.
“Dan bukankah sangat baik apabila sambutan semalam mengingatkan kita juga pada perjuangan saudara kita di Gaza?” katanya menerusi hantaran di Threads.

Kami Tak Pernah Anggap Hero

Tambahnya, beliau tidak mahu masyarakat salah tafsir bahawa kepulangan mereka diraikan sebagai bentuk kemasyhuran, sebaliknya ia adalah ruang untuk terus menyebarkan kesedaran terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Terima kasih kepada yang hadir. Juga kepada yang menonton secara live. Dan yang terus menerus menyokong. Ini semua untuk Gaza.
“Kami tak pernah anggap kami hero. Malah Tuan Nadir berulang kali sebut sebaik kami keluar dari kapal terbang,
‘Istighfar banyak-banyak. Jaga hati. Ini bukan pasal kita. Ini tentang mereka di Gaza.’

“Malam ini kita jumpa di Axiata. Kita berhimpun untuk Gaza. Dan jangan lupa doakan kawan-kawan kita yang baru dipintas penjajah dilindungi Allah. Moga Allah ampunkan kami jika kami menadah muka untuk kemasyhuran,” ujarnya.

Artikel lain: GSF : Zainal Rashid Ahmad Pulang Ke Rumah Secara Senyap – “Dia Tak Mahu Dipuji, Disanjung”

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan GSF selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada jam 10.07 malam, Selasa lalu, selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan sejak 2 Oktober lalu ketika menyertai misi kemanusiaan menghantar bantuan ke Gaza.

Sumber: Threads musanuwayri

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Sukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd