Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MyAsli Mohon Kerajaan Iktiraf Jurubahasa Isyarat Sebagai Kerjaya Profesional

Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli) memohon agar kerajaan mengiktiraf profesion jurubahasa isyarat sebagai kerjaya profesional secara rasmi di negara ini.

Presiden MyAsli Wan Zuraidah Abu berkata walaupun peranan jurubahasa isyarat amat penting dalam menjamin akses komunikasi yang adil bagi komuniti pekak, namun profesion itu belum diberi pengiktirafan sewajarnya.

Beliau berkata masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak memahami peranan sebenar jurubahasa isyarat dengan beranggapan mereka sebagai guru atau jurucakap, sedangkan mereka berperanan penting selaku pengantara komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti pekak.

Jurubahasa isyarat

Jurubahasa isyarat

“Jurubahasa isyarat bukan sekadar penterjemah, tetapi jambatan antara komuniti pekak dan masyarakat umum, penyampai maklumat dalam situasi kritikal serta memberi hak kepada mereka untuk berkomunikasi dan mendapat akses kepada maklumat secara adil.
“Kita tidak menafikan profesion ini belum diiktiraf malah jurubahasa isyarat masih berdepan kekurangan peluang latihan berkualiti, tiada sistem akreditasi kebangsaan yang mantap dan ada masanya tidak diberikan ganjaran setimpal dengan kepakaran serta tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Kebangsaan Jurubahasa Isyarat dan Jemputan ASEAN 2025 di sini hari ini, yang dirasmikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk A.Rajendran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Zuraidah berkata ketika ini jumlah jurubahasa isyarat aktif di seluruh negara hanya sekitar 60 orang termasuk jurubahasa sepenuh masa, guru yang membantu secara sambilan serta jurubahasa bebas, dan jumlah itu jelas belum mencukupi bagi memenuhi keperluan lebih 44,000 orang dalam komuniti pekak di Malaysia.

Artikel lain: Malaysia Gesa Komuniti Antarabangsa Perkukuh Kerjasama Tangani Krisis Air Global

Jurubahasa isyarat

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya memperjuangkan supaya profesion jurubahasa isyarat diiktiraf secara rasmi dengan standard kerja, struktur gaji dan peluang kerjaya yang jelas, sekali gus menarik lebih ramai menceburi bidang itu secara serius.

Seminar Kebangsaan Jurubahasa Isyarat berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, membabitkan penyertaan 80 jurubahasa isyarat dari Malaysia dan negara ASEAN seperti Thailand, Filipina, Brunei serta Vietnam, yang terdiri daripada jurubahasa isyarat profesional, pendidik, perundangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil komuniti pekak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seminar itu turut menjemput wakil dari New Zealand dan United Kingdom untuk berkongsi kajian serta pengalaman mereka mengenai pembangunan jurubahasa komuniti.

Penganjuran seminar itu bertujuan memperkasakan peranan jurubahasa isyarat dalam menyampaikan maklumat secara saksama, tepat dan inklusif dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perundangan, perubatan dan media.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd