Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Kedai Sedia Terima Hukuman, Cuai Kibar Jalur Gemilang Terbalik

Pemilik kedai perkakasan yang tular akibat video mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik memaklumkan telah bersedia sekiranya dikenakan tindakan atas perbuatan tersebut.

Sedia terima hukuman

jalur gemilang terbalik Sedia terima hukuman

Memetik laporan Sinar Harian, Pang Chin Tian, 59, menjelaskan bahawa perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja dan menurutnya, setiap tahun Jalur Gemilang akan dikibarkan di hadapan premis perniagaannya sebagai tanda cinta kepada negara.

“Saya sudah 11 tahun berniaga di sini dan setiap kali sambutan bulan kemerdekaan, kami tidak lupa memasang Jalur Gemilang.
“Cuma tahun ini berlaku kesilapan yang tidak disengajakan. Selepas sedar bendera itu dipasang terbalik, saya turunkan dan membetulkannya sebelum dipasang semula di luar kedai.
“Sekarang biarlah polis siasat. Apa sahaja keputusan, saya akan terima… sebab ada sedikit kesilapan, saya perlu tanggunglah,” kata Chin Tian di Taman Bertam Permata, Kepala Batas, pada Selasa.

Sebelum ini, Chin Tian bersama Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye, dan Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri, Lay Hock Peng, menyaksikan pemasangan Jalur Gemilang gergasi yang ditaja oleh DAP di hadapan kedainya.

Sedia terima hukuman

Foto: MalaysiaGazette

Namun begitu, kedai perkakasan itu dilaporkan ditutup sejak Sabtu lalu setelah tular video berhubung pemasangan bendera itu secara terbalik.

Menurut Chin Tian, menutup gerai sementara merupakan keputusan yang baik dan bakal membuka semula perniagaan itu setelah semuanya sudah mulai reda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Bebas Dengan Jaminan Polis

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menegaskan sekiranya terdapat pihak yang cuba mengganggu ketenteraman di kawasan kedai yang didakwa memasang bendera secara terbalik itu, ahli DAP Pulau Pinang akan menyambut kedatangan mereka dengan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang secara percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena Hari Kemerdekaan.

Menurut Anthony, pihaknya mengecam keras tindakan golongan yang cuba memberikan tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa pemilik kedai hanya kerana tersilap memasang Jalur Gemilang di hadapan premisnya.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd