Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rakyat Kelantan Berminat Jadi Pendulang Emas? Boleh Mohon Lesen Mulai 1 Januari 2026

Rakyat Kelantan yang berminat menjadi pendulang boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pejabat Tanah Jajahan mulai esok, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata permohonan yang dihantar akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu mengikut syarat ditetapkan.

Jadi pendulang emas

Jadi pendulang emas

“Setakat ini kita tidak meletakkan sebarang had permohonan… semua yang berminat boleh mengisi borang tersebut yang disediakan secara manual di PTG atau pejabat tanah jajahan.
“Daripada maklum balas yang diterima menerusi media sosial, kita jangkakan permohonan untuk mendulang akan mendapat sambutan yang menggalakkan, dan PTG telah memberi komitmen bahawa pihaknya bersedia untuk menguruskan proses permohonan itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata bagi pembeli emas pula, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi urusan pembelian mineral berharga itu.

Jadi pendulang emas

Artikel lain: Hanya Rakyat Kelantan! Lesen Dulang Emas Dibuka Januari 2026, Bayaran RM100 Setahun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PTG juga akan mengeluarkan pewartaan kawasan mendulang emas dalam masa terdekat membabitkan empat jajahan yang telah dikenal pasti mengandungi sumber mineral itu.
“Empat jajahan itu adalah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai… kita juga akan kenal pasti kawasan lain yang ada sumber ini dan akan membuat penilaian dari semasa ke semasa untuk diwartakan,” katanya.

Beliau berkata antara syarat utama yang melayakkan seseorang itu memohon sebagai pendulang ialah rakyat Kelantan sahaja dan menggunakan kaedah mendulang secara manual.

“Kerja mendulang juga hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan dan dilakukan pada waktu pejabat,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd